19 November 2013 - 20:30
Pengganas Wahabi bakar dua Husainiyah, 3 terkorban

Anggota pengganas Sepah-e-Sahaba bakar Husainiyah Syiah di Lahore.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua Husainiyah di Lahore telah dibakar oleh militan Sepah-e-Sahaba dalam satu siri keganasan, di sini, semalam. Selain itu militan beraliran Wahabi ini turut melepaskan tembakan ke arah rumah penduduk dan kedai berhampiran di sekitar kawasan terbabit.Berasaskan laporan ini, seorang remaja bernama Muhammad Qosim terkorban. Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta yang dinaiki pensyarah Universiti Gujrat, Sayid Shabir Hasan Shah dan pemandunya Khadim Husain terkorban akibbat diserang pengganas Wahabi.

................پایان پیام/ 218 ـ 124